Isnin, 20 Oktober 2014

Masjid Cina Negeri Melaka

Krubong, 20/10/2014 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak mentua saya telah pergi ke Masjid Cina Negeri Melaka. Ia terletak di daerah Melaka Tengah. Jarak perjalanan dari rumah emak mentua saya di daerah Jasin ialah kira-kira 32.5 kilometer melalui Selandar, Durian Tunggal dan Lebuh SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh).

Saya memandu Proton Exora masuk ke kawasan masjid melalui pintu gerbang pada jam 3:21 petang. Kami melawat Masjid Cina Negeri Melaka dan menunggu azan Asar untuk solat. Azan dilaungkan pada jam 4:15 petang. Kami solat Asar secara berjemaah di sini. Saya, isteri dan anak-anak kali pertama pergi ke masjid ini. Cuma emak mentua saya pernah berkunjung ke sini sebelum ini. Kedudukan masjid terletak berhampiran dengan Stadium Hang Jebat. Selepas solat Asar, kami beredar meninggalkan kawasan masjid. Pada jam 5:02 petang saya memandu kenderaan keluar dari pintu gerbang kawasan masjid.

Kami berenam pergi melihat rumah anak saudara isteri saya yang terletak di Taman Krubong Jaya. Kemudian, kami menuju ke Bandar Hilir, naik ke Menara Taming Sari dan pergi ke Dataran Pahlawan. Singgah solat Maghrib di surau yang terletak di situ, membeli-belah dan bertolak pulang ke rumah emak mentua saya yang terletak di daerah Jasin. Kali ini, cuti sekolah berganti sebelum serta selepas Hari Deepavali di sekolah saya dan isteri adalah serentak.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.