Khamis, 23 Oktober 2014

PD, Bandar Tentera Darat

Port Dickson, 23/10/2014 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak mentua saya telah bermalam di PD World Marina Resort, Batu 7, Jalan Pantai. Kami menyewa sebuah pangsapuri yang mempunyai sebuah bilik tidur, sebuah ruang dapur, sebuah ruang tamu dan sebuah tandas (bilik air). Saya telah menempahnya melalui internet ketika berada di Melaka hari semalam (Rabu, 22 Oktober 2014). Sebuah pangsapuri di tingkat 4 yang terletak di Blok A dengan kadar sewa RM150.00 untuk satu malam. Kami mendaftar masuk petang semalam.

Pada tahun 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Majlis Perbandaran Port Dickson, Negeri Sembilan akan terus berusaha mencantikkan lagi daerah pelancongan ini bersesuaian dengan statusnya sebagai destinasi pelancongan terkenal dan pengisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Pagi tadi, saya dan anak-anak sempat mandi di kolam yang terletak di PD World Marina Resort. Tengah hari, kami mendaftar keluar dan terus pergi ke Pantai Teluk Kemang. Bersiar-siar di situ dan berehat sambil menunggu anak-anak bermain. Selepas itu, singgah solat Zohor dan Asar secara jamak qasar di Masjid Kariah Teluk Kemang. Kami telah banyak kali pergi ke Teluk Kemang sebelum ini. Setelah selesai solat, berhenti makan tengah hari di sebuah gerai yang terletak di Batu 7, Jalan Pantai. Kemudian, perjalanan diteruskan ke tempat lain. Banyak tempat yang kami boleh pergi kerana cuti sekolah berganti sebelum serta selepas Hari Deepavali di sekolah saya dan isteri adalah serentak tahun ini.

Sebelah petang, kami pergi ke Muzium Tentera Darat. Ini merupakan kali pertama saya, isteri dan anak-anak melawat ke sini. Emak mentua saya pun turut menyertai kami. Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini. Ia juga telah memenangi pelbagai anugerah.

Saya memandu Proton Exora dan kami beredar meninggalkan Muzium Tentera Darat untuk bertolak pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu kenderaan melalui Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29), Jalan Rasah, Jalan Pekeliling, Jalan Dato’ Muda Linggi (Jalan Ampangan), Jalan Jelebu dan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Kemudian, saya memandu di jalan Pintasan Kajang - Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, singgah ke kedai, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.