Rabu, 29 Oktober 2014

KBAT dan Bengkel i-THINK Hulu Langat 2014

Kajang, 29/10/2014 – Saya telah menyampaikan ceramah berkenaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebelum diteruskan dengan bengkel pembinaan peta Pemikiran Inovatif atau “Innovative Thinking” (i-THINK).

Ceramah dan bengkel peringkat daerah Hulu Langat ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kajang bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Kursus dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat diadakan pada pagi hingga petang tadi di sekolah ini.

Guru-guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang terlibat kebanyakannya merupakan Ketua-ketua Panitia bagi mata pelajaran berkenaan. Para penceramah dan fasilitator pula terdiri daripada Jurulatih Utama dan Guru-guru Cemerlang dari pelbagai sekolah di daerah Hulu Langat. Kami ialah Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Ustaz Abdul Hafiz bin Ahmad dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Ustaz Azman bin Ahmad dari Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching dan Ustazah Siti Normah binti Ismail dari Sekolah Kebangsaan Convent.

KBAT atau "Higher Order Thinking Skills" (HOTS) memerlukan murid-murid menggunakan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Ledakan teknologi maklumat telah merubah lanskap pendidikan di peringkat global. Guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid-murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi mereka. Maklumat dapat dicapai oleh murid-murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian. Maksudnya, proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran. Dalam hal ini, murid-murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka terima. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Di Malaysia, konsep pemikiran aras tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan.

i-THINK adalah bertujuan untuk mempertingkat dan membudayakan KBAT. Terdapat lapan jenis peta i-THINK. 1-Peta Bulatan. 2-Peta Buih. 3-Peta Buih Berganda. 4-Peta Pokok. 5-Peta Dakap. 6-Peta Alir. 7-Peta Pelbagai Alir. 8-Peta Titi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.