Sabtu, 1 November 2014

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan untuk membuat Gulai Tempoyak Ikan Patin:
1 ekor ikan patin.
10 hingga 15 biji cili padi.
1 inci kunyit hidup.
4 sudu besar tempoyak.
½ biji timun tua.
1 ikat daun kesum.
1 keping asam gelugor (jika perlu).
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.

Cara-cara membuatnya:
1-Siang dan cuci ikan patin (lumur dengan tepung gandum untuk hilangkan bau dan lendir).
2-Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
3-Gaulkan tempoyak dengan bahan-bahan yang ditumbuk.
4-Masukkan ke dalam periuk bersama air dan masak di atas api yang perlahan.
5-Masukkan ikan patin, timun tua, daun kesum, garam secukup rasa dan asam gelugor.
6-Tutup api apabila kuah agak pekat dan ikan patin telah masak sepenuhnya.

Asam gelugor hanya perlu ditambah jika rasa tempoyak kurang masam.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam