Sabtu, 8 November 2014

RFC Kiosk, Taman Prima Saujana


Kajang, 08/11/2014 – Saya memandu kereta dan singgah ke Radix Fried Chicken (RFC) Kiosk, No 9, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana. RFC Kiosk berkenaan terletak di bangunan Herba Penawar Alwahida (HPA) Cawangan Kajang. Saya berada di sini antara jam 5:20 hingga 5:50 petang tadi dan membeli barang-barang lain terlebih dahulu di HPA sebelum membuat pesanan menu ayam goreng untuk dibungkus. Sementara menunggu RFC digoreng, saya membuat bayaran dan sempat bersembang dengan Pengurus HPA Cawangan Kajang iaitu Puan Nor Kasmaliza binti Azhan.

Sebelum ini, HPA Cawangan Kajang terletak di bangunan lain tetapi di jalan yang sama. Ketika di bangunan lama, saya telah banyak kali pergi ke HPA tetapi RFC Kiosk belum wujud. Ini merupakan kunjungan saya kali pertama sejak HPA berada di sini dan kali pertama juga singgah ke RFC Kiosk yang terletak di bangunan ini.

HPA menjadi pembekal ayam organik kepada RFC Kiosk yang menjadi pilihan kepada pengguna-pengguna Muslim.

"Organic - Fresh - Healthy". 

Saya memandu kereta beredar meninggalkan RFC Kiosk di Taman Prima Saujana dan bertolak pulang ke rumah di Saujana Impian. Saya memandu kereta di Jalan Prima Saujana 1/1A. Kemudian, saya memandu melalui jalan Pintasan Kajang - Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.