Selasa, 11 November 2014

Program Khemah Ibadah SK Peringkat Kebangsaan 2014

Balik Pulau, 11/11/2014 - Hari ini merupakan hari kedua saya berada di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor sebagai salah seorang Guru Pengiring untuk mengiringi Kontijen Selangor ke Program Khemah Ibadah Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Ketika program di peringkat negeri, saya merupakan salah seorang Jurulatih Utama.

Program peringkat kebangsaan diadakan di negeri Pulau Pinang melibatkan murid-murid SK dari sekolah rendah seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 November di kem PLKN ini. Saya, rakan-rakan  dan murid-murid berada di sini kira-kira 4 hari 3 malam untuk menghadiri program khemah ibadah yang juga dikenali sebagai Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KISSKPM) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 1436 Hijrah/ 2014 Masihi. KISSKPM kali ini dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Peserta-peserta program yang terlibat terdiri daripada murid-murid, guru-guru, pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dari seluruh Malaysia.

Saya ditempatkan di asrama Hang Jebat sejak hari pertama. Di sini ada disediakan tempat untuk membasuh pakaian, bilik air dan tandas. Aktiviti untuk guru-guru pengiring, pegawai-pegawai PPD dan JPN juga disediakan dalam program khemah ibadah ini. Qiamullail dan solat Subuh berjemaah diadakan di surau berhampiran. Selepas solat, kuliah Subuh untuk murid-murid diadakan di surau dan untuk guru-guru pengiring, pegawai-pegawai PPD serta JPN di bilik Hang Tuah. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam disediakan di dewan makan. Program ceramah dan beberapa aktiviti lain diadakan di dewan utama. Banyak lagi aktiviti yang akan diadakan sepanjang beberapa hari ini sama ada di dalam atau di luar kem.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.