Isnin, 24 November 2014

MAHA 2014

Serdang, 24/11/2014 – Saya, anak sulung dan anak kedua saya telah sampai ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau “Malaysia Agro Exposition Park Serdang” pagi tadi. Isteri dan anak ketiga saya tidak boleh mengikut kami kali ini. Isteri saya menghadiri mesyuarat di sekolah tempat dia mengajar dan anak ketiga saya ke taska.

Kereta yang saya pandu melalui pintu gerbang MAEPS pada jam 8:33 pagi. Kami datang awal kerana tidak mahu menempuh kesesakan lalu lintas. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) atau “Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show” Peringkat Antarabangsa 2014 sedang diadakan di MAEPS, Selangor pada 20 November 2014 hingga 30 November 2014. Ia bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan juga diadakan serentak dengan MAHA 2014 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pameran kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Transformasi.

Oleh kerana kami datang awal, kereta saya boleh diletakkan di tempat parkir di belakang Dewan A dan Bazaar Industri Asas Tani (IAT). Dewan yang mula-mula kami singgah ialah Bazaar IAT walaupun cuma beberapa buah gerai jualan dibuka kerana masih awal.

Kami pergi ke Dewan D yang terdapat Sajian Makanan Popular. Kami turun ke jalan di belakang dewan dan menaiki trem yang ditarik oleh traktor. Turun di Laman Tiba 1 dan menunggu bas. Naik bas ke Laman Tiba 2 dan berjalan kaki ke Laman Ternakan. Melihat pelbagai spesies haiwan ternakan di situ. Tempat makan dan minum juga disediakan di Laman Tiba 2. Kami menaiki trem dua gerabak melalui Laman Nanas dan Laman Padi. Turun di Laman Perikanan. Melihat pelbagai jenis ikan. Kami juga sempat makan Ikan Patin Masak Tempoyak Sungai Pahang bersama nasi putih. Ikan Patin sejuk beku pula dibeli untuk dibawa pulang. Sekali lagi kami menaiki trem dua gerabak melalui pula Laman Herba dan Sayur. Turun berhampiran Laman Tiba 1.

Meneruskan berjalan kaki di gerai-gerai Jualan Produk Segar, Florikultur dan Produk Input Pertanian. Kembali ke Kawasan Dewan Pameran. Masuk ke Dewan C. Singgah solat Zohor di surau yang disediakan khas di luar kawasan dewan. Hujan mula turun ketika kami melalui laluan dari surau ke Dewan C. Masuk pula ke Dewan A. Akhir sekali, kami berkunjung semula ke Bazaar IAT. Masuk kedua-dua bazaar yang terletak sebelah-menyebelah. Saya sempat membeli pelbagai jenis barang dari gerai-gerai jualan dan dewan-dewan pameran yang kami telah kunjungi tadi. Kami mendapatkan kereta. 

Jarak perjalanan pulang kami dari MAEPS ke rumah di Kajang ialah 19 kilometer sahaja. Saya mula memandu keluar dan melalui pintu gerbang MAEPS pada jam 3:48 petang. Saya terus memandu kereta melalui jalan di hadapan Hospital Serdang, masuk ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang tadi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.