Isnin, 1 Disember 2014

Kari Kambing

Bahan-bahan untuk membuat Kari Kambing:
2 kilogram daging kambing yang bertulang.
4 biji kentang dipotong besar (dua atau empat).
2 biji tomato dipotong empat.
2 cawan santan pekat.
1 cawan santan cair.
2 keping asam gelugor atau air asam jawa.
Sedikit gula melaka.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.
1 senduk minyak (untuk menumis).
2 batang kulit kayu manis (ditumis).
2 kuntum bunga lawang (ditumis).
5 kuntum bunga cengkih (ditumis).
5 biji buah pelaga (ditumis).
Sedikit daun kari (ditumis).
1 biji bawang besar (dikisar halus).
5 biji bawang merah (dikisar halus).
5 hingga 6 ulas bawang putih (dikisar halus).
2 inci halia (dikisar halus).
1 inci lengkuas (dikisar halus).
6 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan air).
2 sudu besar serbuk kurma daging (dibancuh dengan air).
2 sudu besar kerisik (dibancuh dengan air).
1 sudu besar serbuk cili (dibancuh dengan air).

Cara-cara membuatnya:
1-Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
2-Masukkan air ke dalam periuk anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau menggunakan kaedah rebus biasa, masa untuk daging lembut lebih kurang 2 ½ hingga 3 jam. Jika menggunakan periuk tekanan tinggi, anggaran masanya ialah 30 hingga 45 minit.
3-Panaskan minyak, tumis bahan-bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus.
4-Masukkan serbuk kari, kurma serta cili yang telah dibancuh dengan air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
5-Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
6-Masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau air asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
7-Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
8-Masukkan tomato, tutup api dan angkat. 

Kari ini sesuai dimakan bersama dengan pelbagai jenis nasi seperti nasi hujan panas, nasi minyak dan nasi beriani. Ia juga sedap dimakan bersama dengan roti jala, roti canai dan roti-roti yang lain.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.