Kuala Lipis, 09/12/2014 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami masih
berada di rumah emak saya di kampung. Saya memandu Proton Exora dari RTP Sungai
Ular ke Felda Sungai Koyan 3 yang jaraknya ialah kira-kira 13.5 kilometer
sahaja. Pagi ini, masih ada kabus (wap air yang kelihatan seperti asap yang
berada dekat muka bumi). Saya sampai ke Pekan Sehari Felda Sungai Koyan 3
selepas 15 minit memandu kenderaan.
Turun dari kenderaan, saya terus membeli dua ekor ikan patin hidup dan
disiang di situ juga. Saya bertanya soalan kepada penjual. Dia berkata ikan patin
dari Sungai Pahang di Pekan. Ia bermaksud ikan yang diternak dalam sangkar di
dalam sungai.
Selain itu, saya juga membeli sebiji timun tua, tiga bungkus laksam,
dua kilogram kerang bersaiz besar, tiga bungkus mi goreng dan enam biji
karipap.
Semasa di pekan sehari tadi, saya berjumpa dengan beberapa orang kampung.
Salah seorangnya ialah rakan saya yang menjual barang di pekan sehari dan dia
memberitahu saya bahawa emaknya ada menjual tempoyak di rumah.
Jam 8:00 pagi, saya bertolak pulang ke RTP Sungai Ular. Singgah ke rumah
emak kawan saya untuk membeli tempoyak dan saya pun pulang ke rumah. Saya dan
keluarga bersarapan di rumah. Ketika ini ada sembilan orang di rumah emak saya
di kampung. Kami ialah emak, saya, isteri bersama tiga orang anak, adik lelaki
saya (anak kelima), isterinya dan seorang anak mereka. Emak saya mempunyai enam
orang anak. Saya ialah anak sulung. Abah saya telah meninggal dunia pada tahun
1999. Kami sekarang masih bercuti sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi
tahun 2014.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)