Isnin, 15 Disember 2014

Program Huffaz Cilik 2014

Kajang, 15/12/2014 – Hari ini merupakan hari ketiga iaitu hari terakhir program Huffaz Cilik di Surau al-Hidayah, Taman Bukit Kajang Baru. Saya dan anak ketiga menghantar anak sulung serta anak kedua ke program berkenaan pagi ini. Isteri saya tinggal di rumah. Saya memandu kereta dari rumah merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian kami melalui Persiaran Saujana Impian dan saya membelok ke Jalan Sungai Kantan. Ikut jalan di dalam kerana jalan tersebut tiada kesesakan lalu lintas disebabkan sekolah-sekolah sedang bercuti sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2014. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Sungai Kantan, Persiaran Padang Tembak, Jalan Padang Tembak, Jalan Timur, Jalan Semenyih, Jalan Bukit, Jalan Jati, Jalan Baru, Jalan Baru 4 dan masuk ke tempat parkir di dalam kawasan surau. Jarak perjalanan dari rumah kami ke Surau al-Hidayah, Taman Bukit Kajang Baru ialah 7.6 kilometer sahaja. Kami telah sampai ke kawasan surau beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi.

Surau ini mempunyai bangunan dua tingkat dan ia sesuai diadakan program di sini. Ruang solat utama berada di tingkat atas. Dewan serbaguna, dewan makan, tandas dan lain-lain berada di tingkat bawah. Program sempena cuti sekolah yang dihadiri oleh anak-anak kami kali ini dikenali sebagai Huffaz Cilik yang bermaksud para penghafaz kecil.

Anak-anak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun dikehendaki menghafaz surah-surah di dalam al-Qur’an sebagai motivasi kepada mereka untuk menghafaz. Selain itu, mereka didedahkan dengan solat sunat Dhuha. Solat fardhu Zohor dan Asar mereka tunaikan bersama jemaah surau. Mereka berada dalam program selama tiga hari ini di antara jam 8:00 pagi hingga 5:30 petang.

Peserta-peserta program juga diberikan kepada beberapa kumpulan dibantu oleh fasilitator-fasilitator untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti “explorace” dan tokoh sirah. Atur cara yang lain ialah penampilan tokoh hafiz, tayangan video, persembahan peserta, membuat gunung berapi dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti lain akan disambung pada hari ini. Majlis penutupan akan diadakan petang ini.

Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) serta Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Kelab Remaja ISMA, Tahfiz al-Amirin Bandar Baru Bangi dan Surau al-Hidayah Taman Bukit Kajang Baru. Tahniah diucapkan kepada pihak ISMA, BKM, NAZIM, PEMBINA, Kelab Remaja, Tahfiz al-Amirin dan Surau al-Hidayah kerana mengadakan program yang bermanfaat sempena cuti sekolah kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.