Rabu, 17 Disember 2014

Percutian ke Genting Highlands 2014

Genting Highlands, 17/12/2014 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah berada di kawasan tanah tinggi ini dari pagi hingga ke malam. Saya memandu Proton Exora meninggalkan rumah kami di Kajang seawal jam 7:20 pagi merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian kami melalui Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) dan keluar dari E8 melalui persimpangan 803A menuju ke Genting Highlands. Saya meletakkan kenderaan di tempat parkir berhampiran Stesen Kereta Kabel (Genting Skyway). Jarak perjalanan dari rumah kami ke sini ialah kira-kira 63 kilometer sahaja. Hujan renyai-renyai sedang turun. Kali ini, kami tidak menaiki kenderaan darat untuk ke puncak Genting Highlands. Kami memilih menaiki kereta kabel untuk jarak perjalanan sejauh 3.4 kilometer dalam masa 15 minit.

Ini merupakan kali kedua kami pergi ke Genting Highlands. Kali pertama, kami telah pergi pada hari Sabtu, 28 Januari 2012. Ketika itu, saya memandu Proton Exora hingga ke puncak Genting Highlands dan kami masuk ke Taman Tema Luar. Oleh kerana Taman Tema Luar ketika ini sedang diubah suai dan tidak dibenarkan masuk, kami berada di Taman Tema Dalam sahaja kali ini.

Kami menyertai pelbagai permainan di ‘Kota Keriangan’ ini. Mini Train, Rio Float, Reindeer Cruiser, Busy Bugs, Circus Ride, Fund Land, SnowWorld, Merry Go Round and Safari Jeep. Kemudahan surau, tempat-tempat makan dan tandas banyak disediakan di Taman Tema Dalam Genting Highlands ini.

Gambar-gambar kenangan sempat diambil sebelum kami bertolak pulang. Kami kembali menaiki kereta kabel dari puncak Genting Highlands menuju ke Stesen Kereta Kabel di Jalan Batang Kali yang terletak berhampiran sempadan Selangor dan Pahang. Kelajuan kereta kabel yang kami naiki ialah kira-kira 15 kilometer sejam berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat yang saya guna.

Kami mendapatkan kenderaan dan saya mula memandu untuk pulang ke rumah di Kajang. Saya cuma mengambil masa selama 1 jam 7 minit sahaja dan selamat sampai ke rumah kerana lalu lintas tidak begitu sibuk pada malam ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.