Khamis, 1 Januari 2015

Sup Kambing

Bahan-bahan untuk membuat Sup Kambing:
1 kilogram daging kambing yang bertulang.
3 sudu besar serbuk perencah sup.
2 biji kentang dipotong besar (dua atau empat).
1 batang lobak merah dipotong dadu.
1 biji tomato dipotong empat.
1 biji limau nipis.
Sedikit serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.
Sedikit minyak (untuk menumis).
1 batang kulit kayu manis (ditumis).
1 kuntum bunga lawang (ditumis).
3 kuntum bunga cengkih (ditumis).
3 biji buah pelaga (ditumis).
4 biji bawang merah (dikisar halus).
2 hingga 3 ulas bawang putih (dikisar halus).
1 inci halia (dikisar halus).
½ inci lengkuas (dikisar halus).
Beberapa tangkai daun sup (dihiris halus).
Beberapa tangkai daun bawang (dihiris halus).
Bawang goreng secukupnya.
4 hingga 5 biji cili padi (jika perlu).

Cara-cara membuatnya:
1-Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
2-Masukkan air ke dalam periuk anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau menggunakan kaedah rebus biasa, masa untuk daging lembut lebih kurang 2 ½ hingga 3 jam. Jika menggunakan periuk tekanan tinggi, anggaran masanya ialah 30 hingga 45 minit.
3-Panaskan minyak, tumis bahan-bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus.
4-Masukkan serbuk perencah sup dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
5-Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
6-Masukkan air rebusan daging, kentang dan lobak merah. Masak sehingga mendidih.
7-Masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
8-Masukkan tomato, tutup api, angkat dan hidang.
9-Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
10-Masukkan cili padi dan perahkan jus limau nipis.

Cili padi hanya perlu ditambah jika mahu rasa yang lebih pedas.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.