Jumaat, 1 Mei 2015

Jom Guna Aplikasi WhatsApp di Komputer

Kajang, 01/05/2015 - Saya telah mula menggunakan aplikasi WhatsApp di komputer hari ini (Jumaat, 1 Mei 2015). Sebelum ini, saya cuma menggunakan WhatsApp versi Android sahaja. Kini, saya mampu menggunakan aplikasi ini di WhatsApp Web. Kebetulan hari ini ialah hari cuti umum sempena Hari Pekerja dan saya sempat mengkaji cara-cara menggunakannya di komputer riba saya.

Jom lihat bagaimana cara-cara untuk menggunakan aplikasi WhatsApp di komputer peribadi kita. Pastikan telefon pintar atau komputer tablet yang berteknologi Android bersambung dengan internet. Begitu juga dengan komputer riba atau komputer peribadi yang menggunakan Windows mesti bersambung dengan internet. Layari laman web.whatsapp.com di komputer dan imbas Kod QR (Quick Response) menggunakan peranti Android yang telah dipasang aplikasi WhatsApp. Sebelum itu, tekan ikon WhatsApp pada peranti Android, pergi ke menu dan pilih WhatsApp Web untuk mengimbas Kod QR.

Kita boleh mengirim gambar atau foto yang disimpan dalam komputer ke WhatsApp Web. Setakat hari ini, ia tidak boleh mengirim audio dan video seperti yang boleh dilakukan oleh peranti Android. Walaupun begitu, kita boleh mendengar audio dan menonton video yang telah dikirim. Diharap pada masa-masa akan datang kecanggihan WhatsApp versi Web akan dipertingkatkan lagi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.