Rabu, 13 Mei 2015

Program Latihan Untuk Guru TMK 2015

Cheras, 13/05/2015 - Saya telah sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 (SMKBTHO2) beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi tadi. Saya menghadiri Program Latihan Guru (PLuG) Bagi Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 6 Pelaksanaan Sesi 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SMKBTHO2. Saya dan guru-guru yang hadir minum pagi terlebih dahulu di bilik ini sebelum memulakan program.

PLuG TMK 2015 dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat diadakan pada 13 dan 14 Mei 2015 di SMKBTHO2 untuk guru-guru dari Zon Cheras dan Zon Ampang. Manakala guru-guru dari Zon Kajang, Zon Semenyih dan Zon Bangi akan berada di sini pada minggu depan.

Ceramah dan bengkel telah bermula sejak pagi tadi dan berakhir petang ini untuk hari yang pertama. Hari ini dimulakan dengan Pengenalan Pseudokod, Algoritma, Carta Alir, Pengenalan Kepada Perisian Scratch 2.0, Rehat, Makan Tengah Hari, Solat Zohor, Pembahagian Tugasan dan Penghasilan Scratch.

Pengaturcaraan Scratch merupakan bahasa pengaturcaraan pendidikan berorentasikan objek. Ia membekalkan bahasa pengaturcaraan bergrafik atau lebih dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan berorentasikan objek yang memudahkan kanak-kanak menggunakannya.

PLuG TMK 2015 akan disambung pada hari esok untuk hari yang kedua. Mengikut jadual asal, ia dimulakan dengan Perbincangan Tugasan Penghasilan Scratch, Pembentangan Projek atau Tugasan Scratch, Rehat, Makan Tengah Hari, Solat Zohor, Sambungan Pembentangan, Rumusan dan Penutup.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.