Sabtu, 16 Mei 2015

Hari Guru 2015

Jitra, 16/05/2015 - Bertempat di Dewan Wawasan, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-44 Tahun 2015 diadakan hari ini di Kedah. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 'Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak'.

Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan ransangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

Selamat Menyambut Hari Guru. Sabtu, 16 Mei 2015.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam