Rabu, 27 Mei 2015

Unit Anjing Pengesan PDRM Datang ke Sekolah

Cheras, 27/05/2015 - Program Minggu Pusat Sumber Sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) diadakan selama tiga hari iaitu pada 26, 27 dan 28 Mei 2015. SKTP terletak di Cheras, Hulu Langat, Selangor. Pelbagai program diatur sepanjang minggu ini. Hari ini merupakan hari kedua program dan Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah datang ke SKTP membuat pertunjukan pagi tadi.

Antara pertunjukan yang dipersembahkan ialah cara bagaimana anjing tersebut boleh mengikut arahan tuannya. Kemudian ditunjukkan cara-cara anjing tersebut mencari dadah di dalam beg, fail, kaki murid dan kawasan sekitar sekolah.

Dua ekor anjing daripada Unit Pengesan PDRM yang telah membuat pertunjukan berasal dari negara China dan Jerman.

Unit Anjing Pengesan PDRM dikenali sebagai Unit K9. Jabatan Siasatan Jenayah PDRM telah membekalkan kenderaan jenis Toyota Hilux untuk membawa anjing-anjing berkenaan bagi tugas pengesanan dan juga menjalankan rondaan mencegah jenayah.

Pemegang-pemegang anjing Unit K9 telah menjalani kursus yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih K9 PDRM di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.