Jumaat, 28 Ogos 2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 2015

Port Dickson, 28/08/2015 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Port Dickson Golf & Country Club, Batu 5 1/2, Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Rendah Tahun 2015.

Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 26, 27 dan 28 Ogos 2015 di dewan Rusa 9. Minum petang, minum malam dan minum pagi di Cafe' Pavilion. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari di D'Eagle Coffee House. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghadiri kursus yang melibatkan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dari seluruh Selangor.

Hari pertama saya datang ke sini ialah pada hari Rabu, 26 Ogos 2015 dengan memandu kereta. Jam 12:05 tengah hari, saya bertolak dari rumah di Kajang. Jam 12:21 tengah hari hingga 12:51 tengah hari, saya berhenti makan tengah hari di Kawasan Rehat Beranang, Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Saya memeruskan perjalanan. Jam 1:32 petang hingga 1:47 petang, saya berhenti solat Zohor di Kawasan Rehat Mambau, Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29). Saya meneruskan pemanduan dan akhirnya sampai ke destinasi. Jam 2:05 petang, saya turun dari kereta dan mendaftar masuk ke Bilik 125 di Blok A. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah kira-kira 80 kilometer sahaja. Saya menghadiri kursus di dewan Rusa 9 mengikut slot-slot yang telah ditetapkan. Slot 1: Guru Cemerlang Murid Terbilang, Slot 2: Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21, Slot 3: Prinsip Pedagogi dan Kelas Abad Ke-21, Slot 4: Inovasi Buku Teks, Slot 5: Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, Slot 6: Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Berkesan serta Bengkel Inovasi Buku Teks (sedang berjalan ketika ini) dan Slot 7: Isu dan Cabaran serta Penutup.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.