Isnin, 24 Ogos 2015

Kursus Penyebaran DSKP KSSR Bahasa Arab 2015

Kajang, 24/08/2015 - Saya menghadiri Kursus Penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Peringkat Zon Cheras serta Zon Ampang 2015 Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun 6 Pelaksanaan Sesi 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SKSI).

Kursus dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) diadakan pada 24 dan 25 Ogos 2015. Saya telah sampai ke SKSI beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi tadi. Kursus dijalankan di Kamar Saujana.

Pengendali-pengendali dan peserta-peserta kursus bersarapan pagi di Kamar Saujana. Kemudian, saya (Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa) dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (Zon Cheras), Hulu Langat yang telah dilantik sebagai fasilitator menyampaikan ceramah untuk slot pertama berkenaan dengan pengenalan kursus Bahasa Arab dan taklimat umum KSSR serta DSKP. Ustazah Salmah binti Salleh dari Unit Pendidikan Islam, PPDHL turut menyampaikan taklimat setelah saya menjemputnya ke hadapan. Ustaz Nor Azamri bin Ishak dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua (Jurulatih Utama Daerah Hulu Langat) menyampaikan ceramah mengenai kandungan DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 6. Berhenti makan tengah hari di Kamar Saujana dan solat Zohor di Musolla al-Falah. Kursus diteruskan dengan penyampaian oleh Ustaz Mohd Haniff bin Talib dari Sekolah Kebangsaan Taman Desa (Jurulatih Utama Daerah Gombak) berkenaan Operasi DSKP Bahasa Arab Tahun 6. Kursus masih berjalan ketika ini dan akan disambung pada hari esok.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.