Rabu, 12 Ogos 2015

Taklimat Khas 2015

Port Dickson, 12/08/2015 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di The Grand Beach Resort, Batu 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3. Ia merupakan sebuah bilik seperti hotel dengan dua buah katil. Taklimat khas diadakan pada 10, 11 dan 12 Ogos di Sri Menanti Ballroom. Minum petang, minum malam dan minum pagi di luar dewan taklimat iaitu bersebelahan dengan Sri Menanti Ballroom. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari pula di Sri Kelana Coffee House. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk taklimat khas.

Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan Bilik 386 pada hari ini ialah taklimat, rumusan dan penutup. Saya mendaftar keluar dari bilik, makan tengah hari dan bertolak meninggalkan perkarangan resort pada jam 1:05 petang.

Perjalanan pulang saya dari The Grand Beach Resort, Port Dickson ke rumah di Kajang ialah kira-kira 79 kilometer. Saya memandu kereta di Jalan Pantai, membelok ke Persiaran Pahlawan, masuk ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) dan keluar di Plaza Tol Mambau (RM3.20). Saya meneruskan pemanduan di Jalan Rasah, Jalan Tuanku Antah merentasi bandar Seremban, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Jalan Tun Dr Ismail, masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) melalui Plaza Tol Setul dan keluar di Plaza Tol Kajang Selatan (RM4.90). Kemudian, saya memandu di jalan Pintasan Kajang - Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah kira-kira jam 2:15 petang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.