Jumaat, 7 Ogos 2015

Jalan di Setia Ecohill ke LEKAS Dibuka

Semenyih, 07/08/2015 - Saya dan isteri telah pergi melihat jalan yang baru dibuka hari ini di Setia Ecohill selepas kami pulang dari Unit Fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jalan Lingkaran Setia Ecohill mula dibuka secara percubaan hari ini. Saya telah mendapat maklumat tersebut sebelum waktu Subuh pagi tadi daripada laman sosial Facebook Yang Berhormat Datuk Haji Johan bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Semenyih yang mengatakan jalan berkenaan akan dibuka mulai waktu petang nanti iaitu selepas solat Jumaat.

Saya memandu kereta membawa isteri datang dari arah Kuala Lumpur di Lebuhraya Cheras Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.00). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian, jalan Pintasan Kajang Semenyih dan masuk ke Pekan Semenyih melalui Jalan Semenyih. Kemudian saya membelok ke Jalan Bangi Lama, masuk ke Jalan Lingkaran Setia Ecohill dan kemudian memandu di Persiaran Ecohill Timur. Lalu di belakang kawasan Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Dari Persiaran Ecohill Timur boleh terus ke Rinching atau Beranang. Sampai di hujung jalan, saya tidak masuk ke Jalan Semenyih tetapi membuat Pusingan U berpatah semula ke belakang dan kembali memandu di Persiaran Ecohill Timur.

Saya dan isteri melihat banyak kawasan perumahan baharu yang terletak di dalam taman. Kami mahu kembali ke rumah di Kajang. Saya memandu semula di Jalan Lingkaran Setia Ecohill dan terus menuju ke Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). Masuk ke LEKAS (E21) melalui Plaza Tol Semenyih dan keluar dari lebuh raya melalui Plaza Tol Kajang Selatan (RM1.10). Saya meneruskan pemanduan di jalan Pintasan Kajang Semenyih dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan, mengambil anak ketiga dari sebuah tadika dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah.

Saya keluar semula dengan kereta, mengambil anak pertama dari sebuah sekolah agama dan kembali ke rumah. Kemudian keluar lagi, mengambil anak kedua pula dari sebuah sekolah rendah dan pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.