Sabtu, 1 Ogos 2015

Jubah Imam Muda Asyraf 2015

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Pandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu, janganlah kamu memandang orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu adalah lebih tepat agar kamu tidak meremehkan nikmat Allah ke atas kamu. (Muttafaq a'laih).

Butik Aisy Asyraf milik Imam Muda Asyraf (Muhammad Asyraf bin Muhammad Ridzuan) di Bandar Baru Bangi, Selangor telah dibuka pada hari Sabtu, 4 Julai 2015 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1436.

Pada hari Ahad, 5 Julai 2015 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1436, Imam Muda Asyraf telah menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Raudhatul Firdaus yang terletak berhampiran dengan rumah saya.

Hari Selasa, 28 Julai 2015 bersamaan dengan 12 Syawwal 1436, saya telah pergi ke Butik Aisy Asyraf di Bandar Baru Bangi dan membeli sehelai jubah bersaiz M yang berharga RM265. Ini merupakan kali pertama saya pergi ke sini.

Aisy Asyraf diambil daripada nama Muhammad Aisy Raihan bin Muhammad Asyraf iaitu nama anak sulung Imam Muda Asyraf yang telah dilahirkan pada 18 November 2011 di Hospital Pakar an-Nur, Bandar Baru Bangi. Isterinya pula bernama Nurhusna binti Yusof.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.