Ahad, 26 Julai 2015

Sekolah Kiblah PMR 2003 dan SPM 2005

Kajang, 26/07/2015 - Terima kasih diucapkan kepada Sabri Shahrom, Najmuddin Said, Akmal Muaz, Firdaus Daud, Amirul Mukminin Zainuddin, isteri-isteri serta anak-anak mereka kerana telah datang menziarahi saya, isteri dan tiga orang anak kami pada hari ini (10 Syawwal 1436). Mereka berlima ialah bekas pelajar Sekolah Kiblah, Lot 3690-15A, Jalan Tok Dagang, Sungai Merab Jaya, 43000 Bangi, Selangor.

Mereka ialah antara pelajar Sekolah Kiblah yang pernah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2003 dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2005. Ada di antara mereka berlima yang menduduki PMR 2003 dan SPM 2005 di Sekolah Kiblah dan ada di antaranya yang mengambil PMR 2003 di Sekolah Kiblah tetapi SPM 2005 di sekolah lain kerana berpindah sekolah.

Saya pernah menjadi guru secara kontrak selama 4 tahun di Sekolah Kiblah (sekolah menengah agama swasta berasrama penuh) sekitar tahun 2000 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004, saya mengajar pula di sebuah Sekolah Agama Rakyat (sekolah rendah untuk Kelas Agama dan Fardhu A'in Integrasi). Mulai awal tahun 2005, saya mula mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan untuk program Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in (j-QAF) sekolah rendah. Saya merupakan salah seorang guru program j-QAF ambilan pertama (2005) opsyen Bahasa Arab dan masih mengajar di sekolah yang sama setakat artikel ini ditulis.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.