Jumaat, 3 Februari 2012

Akhlak Rasulullah s.a.w.

Aisyah r.a. pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah s.a.w. dan beliau hanya menjawab: Akhlaknya adalah al-Qur’an. Umat Islam mesti mencontohi akhlak baginda supaya krisis moral yang sedang melanda masyarakat kita pada hari ini dapat diatasi dengan cara kembali kepada ajaran agama. Banyak panduan daripada al-Qur’an dan as-Sunnah dalam menangani masalah kerosakan akhlak.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Surah al-Qalam: Ayat 4).

Allah S.W.T. juga telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat serta dia banyak menyebut Allah. (Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya aku diutus untuk meyempurnakan akhlak yang mulia. (Riwayat al-Bukhari).

Akhlak mulia merupakan sesuatu yang boleh diusahakan. Ia boleh diperbaiki kerana terdapat orang yang dahulunya jahat tetapi setelah diasuh dan dibimbing, dia boleh menjadi orang yang baik. Begitu juga sebaliknya, terdapat orang yang dahulunya baik tetapi setelah diasuh menjadi penjahat, dia boleh menjadi orang yang jahat. Ini menunjukkan bahawa budi pekerti seseorang itu boleh diubah.

Langkah-langkah yang paling berkesan untuk memperbaiki akhlak antaranya ialah dengan memantapkan aqidah, mempunyai ilmu berkenaan akhlak, ingat selalu kepada Allah S.W.T., banyak melakukan ibadat, bijak memilih kawan, contohi akhlak Rasulullah s.a.w. dan boleh menerima teguran serta nasihat.

Diri Rasulullah s.a.w. amat sempurna. Akhlak baginda sungguh mulia. Mempunyai jasa yang amat berharga sehingga boleh menerangi jalan kita untuk ke syurga. Marilah sama-sama kita sentiasa berselawat. Jangan di bibir sahaja kita mengatakan cinta kepada baginda tetapi di hati pula berdusta.

Kita hendaklah mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. yang sentiasa tabah menghadapi ujian dalam menegakkan agama Islam. Kita mesti yakin syafaat baginda dapat membantu pada hari pembalasan nanti.

Marilah sama-sama kita bersyukur kerana telah diutuskan seorang manusia yang sangat sempurna dan berjasa kepada manusia. Baginda ialah Rasulullah s.a.w. yang selayaknya dikasihi dan dicintai kerana merupakan kekasih Allah S.W.T. paling istimewa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.