Sabtu, 18 Julai 2015

Restoran Haslinda Sim Abdullah, Bangi

Bandar Baru Bangi, 18/07/2015 - Saya memandu Proton Exora dari Melaka dan keluar di Plaza Tol Bangi, Lebuhraya Utara Selatan. Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah mendengar azan Maghrib dilaungkan pada jam 7:30 malam. Kami berhenti solat di Masjid al-Hasanah dan kemudian pergi ke Restoran Haslinda Sim Abdullah untuk makan malam. Ia merupakan sebuah restoran masakan Cina Muslim. Hari ini ialah hari raya kedua A'idil Fitri (2 Syawwal 1436). Perancangan untuk ke Pahang pula selepas singgah ke Selangor.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di Restoran Haslinda Sim Abdullah. Kami sekeluarga makan malam di sini dengan memesan menu Ikan Siakap Kukus Qing Zheng (RM50.00), Sayur Kailan Bawang Putih Hong Kong (RM10.00), 4 pinggan Nasi Putih (RM8.00), Sirap Bandung Cincau (RM3.50), Jus Epal (RM3.50) dan Ais Milo (RM3.50). Bayaran lain ialah untuk Goods & Services Tax/ GST (RM4.70).

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Haslinda Sim Abdullah di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
No 48, Jalan Medan Pusat 2C,
Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Kami berada di meja nombor 4. Restoran Haslinda Sim Abdullah (1025136-H) dengan pendaftaran nombor GST (000831545344).

Saya memandu kenderaan membawa isteri serta anak-anak beredar meninggalkan Restoran Haslinda Sim Abdullah di Bandar Baru Bangi dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Saya memandu di Persiaran Kemajuan, Persiaran Jaya, Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melaui Plaza Tol Sungai Balak, E7 tidak melalui Plaza Tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.