Selasa, 10 November 2015

Temerloh, Bandar Ikan Patin

Temerloh, 10/11/2015 - Dalam perjalanan dari Kuala Lipis (Pahang) ke Jasin (Melaka), saya, isteri dan tiga orang anak kami telah singgah ke bandar Temerloh di Pahang. Bandar ini dikenali sebagai Bandar Ikan Patin.

Saya memandu Proton Exora dan meletakkan kenderaan di hadapan C1, Gerai Kak Mek/ Afidah (Singgah Sokmo) yang menyediakan pelbagai makanan seperti Nasi Berlauk, Patin Masak Tempoyak, Masakan Kampung dan Masakan Panas.

Jam 11:05 pagi, kami sekeluarga masuk ke gerai berkenaan yang terletak di Lurah Semantan. Kami memesan menu 2 mangkuk Gulai Tempoyak Ikan Patin (2 ketul kepala ikan), 3 pinggan nasi cukup untuk kami lima beranak dan 2 pinggan kosong turut disediakan. Saya mengambil 1 mangkuk tauge serta memesan minuman 2 gelas Laici, 2 gelas Milo dan 1 mangkuk Laici Kang. Saya telah membayar sebanyak RM48.00 untuk harga makanan dan minuman selepas makan tengah hari kali ini.

Perjalanan diteruskan dan kami singgah ke sebuah kedai di tepi Sungai Pahang yang menjual ikan patin hidup. Kedai tersebut terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. RM17.00 harga bagi 1 kilogram ikan patin sangkar dan kami membeli 2 ekor untuk dibawa pulang ke Jasin (kampung emak isteri). Kami telah berada 2 malam di Kuala Lipis (kampung emak saya). Perancangan berada 2 malam juga di Jasin, Melaka. Hari ini merupakan hari cuti umum sempena Deepavali.

Berhenti pula di Masjid Daerah Bandar Seri Jempol (Negeri Sembilan) dan kami meneruskan perjalanan lagi. Akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dituju selepas saya memandu kira-kira 278 kilometer dari Kuala Lipis melalui Kerambit, Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Bera, Bandar Seri Jempol, Bahau, Rompin, Gemencheh, Batang Melaka, Selandar dan sampai ke Jasin. Kami telah menempuh perjalanan di 3 buah negeri hari ini iaitu Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.