Rabu, 25 Mei 2016

Perkhidmatan 1GovUC 2016

Kajang, 25/05/2016 - Saya telah dipilih oleh pihak sekolah menghadiri Kursus Perkhidmatan E-Mel 1GovUC Bagi Admin UC (Unified Communications) atau Komunikasi Bersepadu di Aula Lestari, Blok C, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor dari pagi hingga ke petang.

Mengapa 1GovUC dilaksanakan? 1GovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh 1GovUC.

Jaminan tahap perkhidmatan 1GovUC. Tahap kesediaan (availability) perkhidmatan 1GovUC adalah 99.5 peratus untuk semua peralatan (perkakasan dan perisian) 1GovUC di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya dan Cyberjaya.

Perkhidmatan 1GovUC. 1-E-mel: Merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik. 2-Komunikasi Bersepadu membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung melalui teks, panggilan suara, panggilan video dan perkongsian fail atas talian. 3-TelePresence: Merupakan aplikasi yang membolehkan perbincangan dan mesyuarat dilakukan secara maya High-Definition (HD) atau berdefinisi tinggi. 4-Portal dan Media Sosial Terdiri daripada Portal 1GovUC, Portal Kolaboratif serta IPMS (Identity Provisioning Management System). 5-Perkhidmatan Nilai Tambah 1GovUC menyediakan perkhidmatan Nilai Tambah seperti Pengarkiban E-mel, Big Mail Transfer (BMT), Single Sign On (SSO), ADRMS, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP), Perlindungan Keselamatan E-mel serta Perkhidmatan Blackberry.

Identity Provisioning Management System ialah Sistem Peruntukan dan Pengurusan Identiti.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam