Rabu, 1 Jun 2016

J75 @ Siapa Saya? Man Ana? Who Am I?

Nama penuh saya ialah Norjeehan bin Ahmad Mustapa yang dikenali sebagai Jeehan75, Jeehan 1975, Muallim Jeehan, Jee, J75 atau UJ (UJ75).

Semasa masih bersekolah, ada orang dewasa yang memanggil saya sebagai Jee atau Jeehan sahaja. Ketika belajar di University of Jordan, ada yang memanggil saya Norjeehan dan nama pendek Nor atau Jeehan sahaja. Ini adalah kerana orang Arab memanggil nama awal, nama lengkap atau nama gelaran.

Ketika di alam pekerjaan, rakan-rakan guru yang sama-sama mengajar, ada yang memanggil UJ sahaja iaitu singkatan daripada Ustaz Jeehan. Muallim Jeehan merujuk kepada saya sebagai seorang guru lelaki kerana mengajar Bahasa Arab di sekolah. Ia digunakan terutamanya ketika berkomunikasi menggunakan beberapa jenis aplikasi di laman sosial. Kebetulan UJ juga ada kena mengena dengan singkatan perkataan Universiti Jordan (University of Jordan).

Singkatan Jeehan75, Jeehan 1975 dan J75 pula timbul kerana teknologi internet ketika ini menggunakan nama-nama pendek.

1975 merujuk kepada tahun kelahiran saya. Selamat berkenalan di dunia internet. Telefon pintar juga memainkan peranan yang penting dalam dunia internet. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di alam maya ini. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.