Kajang, 06/06/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di rumah pagi ini. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa pada bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari Isnin, 1 Ramadhan 1437 bersamaan dengan 6 Jun 2016. Minggu ini juga merupakan minggu kedua Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan bagi tahun 2016. Minggu hadapan akan bermula semula sesi persekolahan tahun 2016.
Azan Subuh pagi ini telah berkumandang pada jam 5:40 pagi di Kajang dan kawasan yang sewaktu dengannya. Maka bermulalah puasa Ramadhan pada hari pertama tahun 1437 Hijrah. Azan Maghrib pada malam ini pula akan berkumandang pada jam 7:24 malam di Kajang dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ia menandakan umat Islam akan berbuka puasa pada waktu tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Berkat adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin
memiliki berbagai perkara tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka
segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah
suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada
keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu
yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Pada waktu sahur mereka memohon keampunan. (Surah Ali Imran: Ayat 17). Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri
merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus
pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa
lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat
(al-Qur'an)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu Subuh. Andaian bahawa
puasa itu mesti bermula sepuluh minit sebelum Subuh
adalah tidak tepat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah
Nabi s.a.w. iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa apabila azan Maghrib dilaungkan. Ini menolak
dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka puasa menambah
pahala.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar