Jumaat, 17 Jun 2016

Solat Sunat Tarawih Secara Bersendirian

Solat sunat Tarawih dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Isyak. Waktunya ialah sepanjang malam sebelum masuk waktu solat fardhu Subuh.

Hukum mengerjakan solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada setiap malam bulan Ramadhan. Ia boleh dikerjakan secara berjemaah di masjid dan surau atau berseorangan di rumah serta lain-lain tempat.

Tarawih berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat. Jadi, solat Tarawih adalah bertujuan untuk menghasilkan kerehatan.

Solat Tarawih boleh dilakukan di rumah secara bersendirian disebabkan beberapa keadaan yang tidak membolehkan seseorang untuk solat berjemaah di masjid atau surau seperti ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, orang-orang yang bekerja pada waktu malam dan sebagainya.

Rukun solat sunat Tarawih sama seperti rukun solat fardhu dengan lafaz niat, sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala. Ia boleh dilakukan sebanyak lapan rakaat dengan empat salam. Maknanya ialah setiap dua rakaat dengan satu salam diulang sehingga empat kali. Bacaan di luar solat seperti selawat dan lain-lain hanya sebagai selingan antara solat. Ia tidak menjejaskan solat Tarawih jika ditinggalkan. Doa' di luar solat boleh dipohon dalam bahasa Melayu jika tidak menghafaznya dalam bahasa Arab.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.