Jumaat, 1 Julai 2016

Zakat Emas dan Ramadhan 1437

Kajang, 01/07/2016 - Saya telah berada di Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), No 13, Jalan Raja Haroun, Kajang. Saya sempat berada di kaunter zakat tadi ketika pintu utama ditutup pada jam 4:30 petang. Saya berurusan untuk pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan kad debit. Sebelum ini saya pernah berurusan di sini tetapi membuat pembayaran secara tunai sahaja.

Tahun ini ia lebih istimewa sebab saya telah membayarnya pada bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari Jumaat, 1 Julai 2016 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1437. Saya bercadang ingin membuat pembayaran Zakat Emas pada bulan Ramadhan juga untuk tahun-tahun akan datang.

Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Harga emas semasa berdasarkan jenis emas pada hari ini ialah seperti berikut mengikut ketulenan (karat). RM180.56 per gram untuk emas 999 (24K), RM175.78 per gram untuk emas 995 (23K), RM171.70 per gram untuk emas 950 (23K), RM165.56 per gram untuk emas 916 (22K), RM158.15 per gram untuk emas 875 (21K), RM150.92 per gram untuk emas 835 (20K) dan RM135.55 per gram untuk emas 750 (18K). Harga emas semasa yang tertera di sini hanya diguna pakai di Lembaga Zakat Selangor sahaja.

Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.