Sabtu, 19 November 2016

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan 2016

Bangi, 19/11/2016 - Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal kali yang ketujuh petang tadi di Dewan Kayangan, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung dan anak kedua saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Dewan Kayangan, Kelab Golf Danau, UKM Bangi sebelum jam 2:20 petang tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Beberapa orang pelajar TPH membacakan doa' pembukaan, ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahannya.

Atur cara program diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia/ ISMA Cawangan Kajang, gimik perasmian, tayangan video pelajar, persembahan semua pelajar, tayangan video guru, persembahan kelas Little Hafiz, persembahan kelas 4 tahun, persembahan kelas 5 tahun, persembahan kelas 6 tahun, cabutan bertuah, deklemasi sajak (Gaza), cabutan bertuah, video selingan, persembahan penutup, persembahan silat (jemputan), penyampaian cenderahati, penyampaian hadiah, penyampaian sijil dan sesi bergambar.

Anak ketiga saya yang berumur enam tahun berada di kelas Suhail ar-Rumi telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada majlis kali ini. Anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya pula telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Ketiga-tiga mereka telah belajar di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016.

Majlis petang ini berakhir kira-kira jam 5:15 petang. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Kali Ke-7 dengan tema ihtifal 'Sekolahku' dan motto tadika yang berbunyi 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.