Sabtu, 12 November 2016

Majlis Perkahwinan Zuraida dan Asyraf

Jerantut, 12/11/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah menghadiri majlis perkahwinan Zuraida dan Asyraf di Kampung Besul. Ia diadakan di rumah ibu bapa Zuraida. Asyraf ialah adik lelaki saya. Saya merupakan anak sulung, anak kedua perempuan, anak ketiga perempuan, anak keempat perempuan, anak kelima lelaki dan anak keenam lelaki. Asyraf merupakan anak keenam. Kesemua kami sudah berkahwin. Emak kami dan semua adik beradik saya serta keluarga masing-masing telah berada di sini sejak petang semalam. Abah telah meninggal dunia pada tahun 1999. Emak saudara (adik kepada emak saya) dan suami dari Seremban serta keluarga anak sulung mereka turut hadir. Kami telah bermalam di Jerantut Hill Resort, Jalan Jerantut - Benta, 27000 Jerantut, Pahang kecuali adik saya yang nombor lima dan keluarga. Mereka pulang bermalam di Kuala Lipis tetapi datang semula ke Jerantut bagi menghadiri kenduri di majlis perkahwinan pada hari ini.

Jumaat, 11 November 2016 (hari pertama). Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah bertolak dari rumah di Kajang pada waktu pagi. Saya memandu Proton Exora melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) dan Lebuhraya Pantai Timur (E8). Keluar dari lebuhraya dan berhenti makan tengah hari di Restoran Along Patin House, Temerloh. Singgah di beberapa buah masjid dan mendaftar masuk ke chalet bernombor 204 pada sebelah petang. Sebuah chalet yang terletak di Jerantut Hill Resort dengan dua buah katil (katil kelamin dan katil bujang). Kami, emak dan keluarga adik-beradik saya pergi ke Kampung Besul. Akad nikah adik lelaki saya diadakan di Surau Kampung Besul. Jamuan makan diadakan di rumah pengantin yang terletak di seberang jalan. Pulang ke chalet. Kami dan saudara-mara pergi lagi ke Kampung Besul. Makan malam di sana. Kemudian kembali ke kediaman masing-masing di Jerantut Hill Resort.

Sabtu, 12 November 2016 (hari kedua). Saya keluar membeli sarapan dan bersarapan bersama keluarga di chalet. Kemudian membawa tiga orang anak mandi di kolam renang. Saya, isteri dan tiga orang anak kami bersiap-siap serta mendaftar keluar dari Jerantut Hill Resort. Ahli-ahli keluarga dan saudara-mara berkumpul serta bertolak ke Kampung Besul. Hari ini merupakan majlis perkahwinan Zuraida dan Asyraf. Saudara-mara yang lain sudah menunggu di Surau Kampung Besul. Kemudian kami bergerak ke rumah pengantin perempuan. Selepas solat di surau, kami pun bertolak pulang. Singgah beli ikan sangkar hidup di Gerai Kak Ju, Kuala Krau. Saya membeli 2 ekor ikan patin dan 2 ekor ikan tilapia yang berharga RM42.80 sahaja. RM17.00 harga bagi 1 kilogram kedua-dua jenis ikan. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti makan serta minum di Hentian Sebelah Gombak Barat. Saya kembali memandu dan kami berhenti solat di surau Petron Grand Saga Southbound. Bergerak semula dan akhirnya selamat sampai ke rumah di Kajang malam ini.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam