Selasa, 1 November 2016

Percutian ke Pulau Pinang 2016

Gelugor, 01/11/2016 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami menginap di Eddie's Homestay (inapan keluarga), Blok 31C, Jalan Pekaka 1, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam. Kadar sewanya ialah RM120.00 sahaja + RM50.00 (deposit). Ia sebuah pangsapuri yang mempunyai tiga buah bilik tidur, sebuah ruang tamu, sebuah ruang dapur, dua buah tandas (bilik air) dan sebuah stor. Bangunan pangsapuri yang terdiri daripada 22 tingkat.

Ahad, 30 Oktober 2016 (hari pertama). Saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang kira-kira jam 8:00 pagi. Saya memandu Proton Exora melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Damansara dan Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur. Masuk ke Lebuhraya Utara Selatan/ PLUS (E1) melalui Plaza Tol Jalan Duta. Saya terus memandu sehingga berhenti sebentar kira-kira 15 minit di Hentian Sebelah Ladang Bikam. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Kawasan Rehat Sungai Perak. Isi petrol di Stesen Petronas Sungai Perak Arah Utara dan berhenti rehat kira-kira 1 jam di kawasan rehat ini sehingga jam 12:00 tengah hari. Kembali bergerak dan kami pun sampai ke Pulau Pinang. Keluar dari PLUS (E1) melalui Plaza Tol Juru menggunakan laluan kad Touch 'n Go. Bayaran tol ialah sebanyak RM43.30 dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Juru. Kami melalui Jambatan Pulau Pinang (E36) dan bayaran tol ialah sebanyak RM7.00 untuk bayaran masuk. Saya telah memandu kenderaan sejauh kira-kira 370 kilometer ketika melalui kawasan berhampiran Universiti Sains Malaysia (USM) pada jam 1:30 petang dan kami berhenti solat di Masjid Jamek as-Soghir. Kemudian bergerak ke pangsapuri yang disewa terletak di seberang jalan. Petak khas meletak kenderaan ada disediakan. Urusan penginapan telah dilakukan oleh saya melalui komunikasi di internet sahaja termasuk membuka sendiri kunci pintu pangsapuri. Kami makan malam di Padang Kota Lama, George Town dan singgah ke sebuah kedai berhampiran pangsapuri di tempat kami bermalam.

Isnin, 31 Oktober 2016 (hari kedua). Kami bersarapan di pangsapuri. Saya dan anak ketiga menghantar isteri ke USM. Saya memandu kenderaan ke arah Perpustakaan Hamzah Sendut kerana dia hendak membuat rujukan berkenaan tesis (kajian ilmiah bagi mendapatkan ijazah) di peringkat Sarjana (Master) Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi. Dia sedang sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Anak sulung dan anak kedua kami ditinggalkan sebentar sebelum kami berdua kembali ke pangsapuri. Saya dan anak kedua pula keluar berjalan kaki membeli makanan dan minuman di Restoran Nasi Kandar Subaidah. Kami berempat makan di pangsapuri sementara isteri saya masih berada di USM. Dari USM, kami berlima pergi ke Terminal Feri Raja Tun Uda, George Town. Begitu lama kenderaan beratur untuk menaiki Feri Pulau Pinang. Kami menaiki feri hingga sampai ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth. Saya menghubungi Pak Su (adik kepada arwah abah). Nenek saya yang dipanggil Wan pun berada di rumahnya. Saya memandu kenderaan ke rumah Pak Su di Nyior Sebatang, Tasek Gelugor. Selepas menziarahi mereka, kami pulang ke pangsapuri melalui Jambatan Pulau Pinang (E36). 

Selasa, 1 November 2016 (hari ketiga). Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Pulau Pinang. Kami pergi ke Pulang Pinang kali ini kerana menghantar isteri saya ke USM di samping bercuti dan menziarahi saudara-mara di sini. Saya, isteri dan tiga orang anak kami hendak pulang ke rumah di Kajang, Selangor pada hari ini setelah berada kira-kira 3 hari 2 malam di negeri ini. Kami mahu perjalanan pulang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (E28). Sistem Kedudukan Sejagat/ GPS (Global Positioning System) yang saya miliki banyak membantu perjalanan kami di lebuh raya, jalan raya dan jalan laut. 

Percutian kali ini ialah sempena Cuti Deepavali mulai hari Jumaat, 28 Oktober 2016 hingga hari Selasa, 1 November 2016.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.