Selasa, 25 Oktober 2016

Program Latihan Guru (Modul 2017) TMK 2016

Balakong, 25/10/2016 - Saya telah sampai ke Sekolah Kebangsaan Taming Jaya (SKTJ) sebelum program bermula pagi tadi. Saya menghadiri Program Latihan Guru Bagi Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan Peringkat Daerah Hulu Langat Pelaksanaan Sesi 2017. Lapan mata pelajaran Tahun 1 KSSR 2017 akan terlibat dengan modul TMK iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Kesenian serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Program Latihan Guru (Modul 2017) TMK 2016 dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2016 di SKTJ untuk guru-guru penyelaras Tahun 1 atau guru-guru berkemahiran komputer.

Ceramah dan bengkel telah bermula sejak pagi tadi dan berakhir petang ini untuk hari yang pertama. Makan tengah hari disediakan lebih awal oleh pihak penganjur. Ini kerana sarapan pagi dan minum pagi tidak disediakan di sini. Sesiapa yang ingin berbuat demikian, guru-guru yang terlibat boleh pergi sendiri untuk makan dan minum di kantin sekolah. Program ini akan disambung pada hari esok untuk hari yang kedua.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam