Khamis, 1 Disember 2016

MAHA 2016

Serdang, 01/12/2016 - Saya, isteri, tiga oang anak kami dan emak saya telah sampai ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) atau "Malaysia Agro Exposition Park Serdang" pada waktu Maghrib ketika hujan lebat. Turun daripada Proton Exora, kami berjalan kaki masuk melalui beberapa buah dewan pameran pertanian kerana hujan dan terus menuju ke surau serta bersolat Maghrib.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) atau "Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show" Peringkat Antarabangsa 2016 sedang diadakan di MAEPS, Selangor pada 1 Disember 2016 hingga 11 Disember 2016. Ia bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Pameran kali ini bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (Our Food Our Future).

Hari ini merupakan hari pertama pameran ini diadakan di sini. Selepas solat Maghrib di surau, kami berenam pergi makan malam dan minum di Empayar Makanan yang terletak di aras bawah Dewan Persidangan. Kemudian, kami pergi ke dewan-dewan lain dan membeli barangan yang terdiri daripada makanan serta minuman. Kami menaiki kenderaan yang diletakkan berhampiran tempat parkir di belakang Bazaar Industri Asas Tani dan beredar meninggalkan MAEPS setelah aktiviti MAHA untuk hari pertama ini telah tamat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.