Sabtu, 18 Februari 2017

Himpunan 355 Februari 2017

Kuala Lumpur, 18/02/2017 - Saya telah memandu kereta dari Kajang dan meletakkannya di sebuah stesen LRT (Light  Rapid Transit) atau Transit Aliran Ringan. Saya menaiki LRT ke Kuala Lumpur dan telah sampai ke Padang Merbok serta masih berada di sini petang ini kerana menyertai Himpunan 355 (H355). Aktiviti yang dijalankan di sini ialah santai anak muda, tazkirah, nasyid, munajat perdana, pidato, solat berjemaah, Deklerasi H355 dan lain-lain. Ia diadakan mulai jam 3:00 petang hingga 11:00 malam.

Matlamat H355 ialah untuk membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia ke arah membulat sokongan terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan melaksanakan undang-undang berlandaskan Syariat Islam sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Satu Ummah Menyokong Pindaan Akta 355 (A355). Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera. Rang undang-undang (RUU) ialah draf undang-undang (yang akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan Akta). Ya Allah, semoga ahli parlimen kami menyokong RUU A355.

Pada 26 Mei 2016, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Ahli Parlimen Marang (Terengganu) daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah membentangkan RUU Persendirian iaitu Pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat bagi memperkasa dan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Ianya dicadangkan oleh Datuk Seri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang (Johor) daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) dalam Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan disokong oleh Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Ahli Parlimen Papar (Sabah) daripada UMNO/BN merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya.

RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan di Dewan Rakyat. Oleh itu, sokongan semua Ahli Parlimen beragama Islam amatlah diperlukan tanpa mengira latar belakang parti politik. Ia telah dibuktikan oleh PAS dan UMNO di pentas RUU A355. Ini merupakan salah satu usaha menyatukan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa serta jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Surah al-Ma'idah: Ayat 2).

RUU A355 melibatkan cadangan pindaan 'bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah' dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah melibatkan orang Islam sahaja. Ia tidak melibatkan bukan Islam kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan hanyalah terhad kepada orang Islam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.