Rabu, 1 Mac 2017

Ketabahan Nabi Yaakub a.s.

Yaakub bin Ishak. Nabi Yaakub a.s. ialah anak kepada Nabi Ishak a.s. Baginda merupakan salah seorang daripada 25 orang Rasul yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam seperti yang tercatat di dalam al-Qur'an. Nabi Yaakub a.s. telah dilahirkan di Kan'an (Palestin) dan mempunyai saudara kembar bernama Ishu. Baginda sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi hinaan saudara kandungnya. Baginda pergi mengembara ke Iraq atas nasihat Nabi Ishak a.s.

Di Iraq, Nabi Yaakub a.s. bertemu dengan bapa saudaranya (adik-beradik ibunya). Bapa saudaranya bernama Laban dan ibunya bernama Rifqah. Baginda disyaratkan bernikah dengan Laiya (kakak kepada Rahil) sebelum dinikahkan dengan Rahil. Syariat ketika itu membenarkan untuk memperisterikan kakak dan adik dalam satu masa tetapi syariat Nabi Muhammad s.a.w. mengharamkannya kerana kita boleh memperisterikan salah seorang sahaja daripada mereka dalam satu masa. Begitulah ketabahan Nabi Yaakub a.s. yang akhirnya dapat juga bernikah dengan Rahil selepas mematuhi adat dan syarat perkahwinan pada zaman tersebut. Baginda hidup sebagai petani dan memelihara binatang ternak.


Nabi Yaakub a.s. dikurniakan 12 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Di antara anak-anak baginda yang paling disayanginya ialah Nabi Yusuf a.s. Baginda semakin tabah membesarkan anak-anaknya selepas isteri tercinta meninggal dunia.


Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya (Yaakub bin Ishak bin Ibrahim), sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, aku lihat semuanya sujud kepadaku. (Surah Yusuf: Ayat 4).


Nama-nama anak lelaki Nabi Yaakub a.s. 1-Ruben. 2-Simon (Syahmun). 3-Levi 1 (Lewi 1). 4-Yahudza. 5-Dan. 6-Natthali (Navtalv). 7-Gad (Yad). 8-Asyer (Asvir). 9-Isakhar (Yassakir). 10-Zebulon (Zabanun). 11-Yusuf (Nabi Yusuf a.s.). 12-Bunyamin (Benjamin). Nama anak perempuan tunggal baginda ialah Dinah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam