Ahad, 12 Februari 2017

Kursus Intensif Haji 2017

Kajang, 12/02/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai beberapa minit sebelum jam 9:00 pagi tadi ke Surau Saujana Impian.

Saya dan isteri telah menghadiri Kursus Intensif Haji 2017 bersama Prof Dr Muhd Najib bin Abdul Kadir bermula hari ini. Bayaran RM100.00 x 2 orang untuk lima siri kursus setiap pagi Ahad pada 12/02/2017, 19/02/2017, 26/02/2017, 05/03/2017 dan 12/03/2017. Anak-anak kami terlibat dengan program lain.

Kursus ini diadakan mulai jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi setiap hari Ahad selama lima minggu di Surau Saujana Impian, Kajang.

Hikmah dan Falsafah Haji. 1-Pengorbanan. 2-Pengampunan Dosa. 3-Persamaan. 4-Satu Cita-cita. 5-Sabar dan Tabah. 6-Persaudaraan/ Taaruf. 7-Gambaran Kematian dan Akhirat. 8-Melawan Nafsu. 9-Fadhilat. 10-Mengabdikan Diri.

Mekah merupakan bumi kelahiran Rasulullah s.a.w. Ia merupakan tempat kemuliaan, keselamatan dan keamanan. 120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari (60 rahmat untuk orang yang tawaf, 40 rahmat untuk orang yang solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Kaabah). Digandakan kelebihan 100,000 kali ganda bagi setiap solat dan amalan kebajikan yang dikerjakan di Masjid al-Haram dan seluruh Tanah Haram di Mekah.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam