Jumaat, 24 Mac 2017

Restoran Moh Makan, Taman Wawasan

Raub, 24/03/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah singgah ke Restoran Moh Makan yang terletak di No 42, Jalan Wawasan 2, Taman Wawasan, 27600 Raub, Pahang. 'Moh deras datang.. Pohpaleh weh..!'. Hari ini merupakan kali kedua kami singgah ke sini. Ia dibuka setiap hari (kecuali Isnin), 7:00 pagi hingga 7:00 malam.

Kali pertama kami berlima pergi ke Restoran Moh Makan di Raub ialah pada hari Rabu, 22 Mac 2017. Kami sekeluarga sampai ke sini pada waktu petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah emak saya di kampung. Perjalanan dari Kajang, Selangor menuju ke Kuala Lipis, Pahang. Kami minum Teh Tarik Halia (RM1.80), Teh Hijau Hulk Pohpaleh (RM3.00) dan Jagung Sedak Pohpaleh (RM5.00). Saya juga membawa pulang Gulai Tempoyak Ikan Patin yang dibungkus (RM18.00) untuk 2 ketul ikan patin.

Kali kedua kami lima beranak pergi ke Restoran Moh Makan di Raub ialah pada pagi hingga tengah hari tadi (Jumaat, 24 Mac 2017) iaitu ketika perjalanan pulang dari Kuala Lipis ke Kajang. Saya memandu Proton Exora sejauh 61.3 kilometer dari bandar Kuala Lipis ke restoran ini. Perjalanan berbaki sejauh 119.3 kilometer untuk sampai ke rumah kami di Kajang. Kami makan 2 set nasi putih Gulai Tempoyak Ikan Patin (RM20.00) untuk 2 ketul ikan patin, mi goreng (RM5.00) dan minum 1 jag air sirap (percuma). Lebihan makanan dibungkus dan kami bawa pulang ke rumah. Saya juga membeli 2 botol x 350ml Jus Caliph (RM100.00) dan Tamar Cocoa 900g (RM35.00).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam