Sabtu, 13 Mei 2017

Pengurus Peranti Android

Kajang, 13/05/2017 - Saya pulang dari Surau Raudhatul Firdaus (SRF) ke rumah selepas menjenguk anak-anak murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 (SENADA). Mereka menghadiri program motivasi di SRF dan saya sempat juga bersembang dengan guru-guru SENADA yang berada di situ ketika waktu rehat pagi tadi. Program tamat pada waktu tengah hari.

Ketika berada di rumah, saya menulis artikel berkenaan Pengurus Peranti Android (Android Device Manager) kerana sebelum ini saya pernah menggunakannya untuk membuat aturan semula terhadap sebuah komputer tablet yang tiada ikon Tetapan (Settings). Saya melakukan aturan kilang untuk tablet tersebut secara dalam talian menggunakan komputer peribadi di rumah (https://www.google.com/android/devicemanager). Kita juga boleh memasang aplikasi "Android Device Manager" melalui Gedung Play (Google Play) pada peranti Android jika mahu berbuat demikian.

Pernah tersalah letak atau kehilangan telefon pintar? Pengurus Peranti Android boleh mengesan peranti yang hilang dan membantu kita memastikan peranti serta data di dalamnya selamat. Pengurus Peranti Android membolehkan kita mengesan peranti Andriod yang dikaitkan dengan akaun Google kita. Ia boleh menetapkan semula PIN (Personel Indentification Number) kunci skrin peranti kita dan juga boleh memadamkan semua data pada telefon pintar. Walaupun begitu, data yang disimpan dalam Kad SD (Secure Digital) tidak boleh dipadamkan. Jangan simpan maklumat sensitif dalam Kad SD dan ia mesti ditanggalkan kalau kita mahu menjual peranti tersebut.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam