Isnin, 17 Julai 2017

MRT SBK Fasa Dua Beroperasi Julai 2017

Kajang, 17/07/2017 - Saya dan isteri mengambil peluang hari pertama ini menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa secara percuma dari Stesen MRT Sungai Jernih yang terletak berhampiran dengan Saujana Impian. Tiga orang anak kami berada di sekolah agama ketika ini. Saya memandu kereta melalui Surau Saujana Impian, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Tesco Extra Kajang dan Butik Gondola 31 Kajang untuk ke Stesen MRT Sungai Jernih.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa Dua pagi tadi. Mulai jam 4:00 petang hari ini, MRT SBK Fasa Dua dibuka kepada orang ramai. Sebelum dibuka, saya dan isteri sudah sampai ke bangunan tempat letak kenderaan dan berada di stesen MRT Sungai Jernih. Kami berdua merupakan orang paling hadapan berbaris di stesen ini sebelum dibenarkan masuk ke platform. Kami memilih tren yang menuju ke Kuala Lumpur.

Empat gerabak tren MRT yang kami naiki dari Stesen Sungai Jernih melalui beberapa lagi stesen seperti Bukit Dukung, Batu 11 Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Suntex, Taman Connaught, Taman Mutiara, Taman Midah, Taman Pertama, Maluri, Cochrane dan kami turun di Stesen Tun Razak Exchange iaitu sebuah stesen bawah tanah. Kami berpatah balik ke Kajang untuk pulang kerana anak-anak mesti diambil dari sekolah.

MRT SBK Fasa Satu, MRT SBK Fasa Dua dan jaringan rel bersepadu Lembah Klang akan dihubungkan sepenuhnya mulai jam 6:00 pagi esok. Orang ramai perlu mengambil peluang hari ini menggunakan secara percuma perkhidmatan MRT SBK Fasa Dua dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara sehingga tamat waktu perkhidmatan dengan tren terakhir berlepas dari Stesen Kajang pada jam 11:30 malam ini.

Length, 51 kilometre. Number of stations, 31 (1-Sungai Buloh. 2-Kampung Selamat. 3-Kwasa Damansara. 4-Kwasa Sentral. 5-Kota Damansara. 6-Surian. 7-Mutiara Damansara. 8-Bandar Utama. 9-TTDI. 10-Phileo Damansara. 11-Pusat Bandar Damansara. 12-Semantan. 13-Muzium Negara. 14-Pasar Seni. 15-Merdeka. 16-Bukit Bintang. 17-Tun Razak Exchange. 18-Cochrane. 19-Maluri. 20-Taman Pertama. 21-Taman Midah. 22-Taman Mutiara. 23-Taman Connaught. 24-Taman Suntex. 25-Sri Raya. 26-Bandar Tun Hussein Onn. 27-Batu 11 Cheras. 28-Bukit Dukung. 29-Sungai Jernih. 30-Stadium Kajang. 31-Kajang). End-to-end journey time, 84 minutes. Underground Track, 9.5 kilometre (7 stations located along a 9.5 kilometre underground railway system: Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane & Maluri).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam