Selasa, 1 Mei 2018

Sekolah Kiblah 2018

Sepang, 01/05/2018 - Saya, isteri dan dua orang anak kami pergi ke Sekolah Kiblah di Jenderam Hulu. Anak sulung kami yang bersekolah menengah agama di negeri lain dan tinggal di asrama tidak pulang hari ini kerana bercuti sehari sahaja. Semalam dia bersekolah, hari ini Cuti Umum sempena Hari Pekerja dan esok bersekolah semula.

Saya dan isteri pernah menjadi guru secara kontrak di sekolah ini tetapi ketika itu Sekolah Kiblah terletak di Bangi iaitu di Sungai Merab Jaya (pelajar lelaki) dan Sungai Merab Hulu (pelajar perempuan). Saya mengajar selama 4 tahun di Sekolah Kiblah (Lelaki) dan isteri pula mengajar selama kira-kira 2 tahun di Sekolah Kiblah (Perempuan). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah agama swasta berasrama penuh.

Kami sempat menziarahi beberapa orang rakan yang pernah sama-sama bertugas di sekolah ini dan ada yang masih berkhidmat di sini. Bekas pelajar sekolah ini juga ada yang bekerja di sini. Alamat Sekolah Kiblah 2018 ialah Lot 30774, Jalan Sentosa, Bukit Unggul, Jenderam Hulu, 43800 Sepang, Selangor.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.