Rabu, 5 September 2018

Program Peningkatan Profesionalisme Keguruan 2018

Petaling, 05/09/2018 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, 3, Jalan PJU 10/5, Damansara Damai, 47830 Petaling, Selangor. JAKOA ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Saya telah ditempatkan di sebuah Bilik Penginapan C201 di tingkat 2. Ia merupakan sebuah bilik dengan lima buah katil bujang lengkap dengan sebuah tandas dan sebuah bilik air. Ceramah-ceramah diadakan pada 4 dan 5 September 2018 di Dewan Kreb dan Dewan Serbaguna. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di dewan makan serta solat di Surau al-Huda. Saya bersama rakan-rakan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab dari sekolah-sekolah rendah serta menengah di seluruh Selangor menghadiri program ini.

Hari pertama (Selasa). Saya memandu kereta dari rumah dan menghantar seorang anak ke sekolah agama waktu pagi selepas solat Subuh berjemaah di surau yang berhampiran. Memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Jam 6:30 pagi hingga 8:30 pagi, laluan kontra ke Kuala Lumpur dibuka dari Plaza Tol Batu 9 melalui E7, Jalan Cheras, Jalan Loke Yew dan Jalan Maharajalela (berhampiran Jalan Hang Tuah). Saya memandu di sepanjang laluan tersebut (tidal flow beroperasi hingga tidal flow tamat). Saya meneruskan pemanduan di Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan masuk ke Lebuhraya Duta Ulu - Klang (DUKE) Fasa 2. Saya melalui Plaza Tol Segambut (RM2.50), Jalan Kuala Selangor, Jalan PJU 10/1 (Petronas Damansara Damai), Jalan PJU 10/1C dan Jalan PJU 10/5. Akhirnya sampai juga ke Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai dengan bantuan Sistem Kedudukan Sejagat/ GPS (Global Positioning System) dan Peta Google.

Saya mendaftarkan nama, sarapan pagi, menghadiri ceramah 1, rehat 1, ceramah 2, taklimat, rehat 2, makan tengah hari, solat Zohor, ceramah 3, solat Asar, rehat 3, makan malam, solat Maghrib, solat Isyak, ceramah 4 dan masuk tidur. Program dikendalikan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor. Unit Operasi Dakwah (hari pertama) dan Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (hari kedua) juga terlibat dalam menyampaikan ceramah.

Hari kedua (Rabu). Saya bangun solat Subuh, sarapan pagi, ceramah 5, rehat, majlis penutupan dan makan tengah hari. Jam 12:25 tengah hari, saya memandu kereta meninggalkan Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai. Keluar dari pusat latihan melalui Jalan PJU 10/5, Jalan PJU 10/1C, Jalan PJU 10/1 dan masuk ke Jalan Kuala Selangor. Saya meneruskan perjalanan dan masuk ke Jalan Kepong, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Kemudian masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan azan Zohor berkumandang pada jam 1:15 petang. Perjalanan diteruskan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah pada jam 1:22 petang selepas memandu kereta sejauh kira-kira 43 kilometer dari Petaling ke Kajang. Saya turun dari kereta, masuk ke dalam rumah dan berjalan kaki ke surau berhampiran menunaikan solat Zohor berjemaah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.