Rabu, 12 Disember 2018

Perasmian Proton X70 SUV 2018

Seremban, 12/12/2018 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak mentua telah berada di Wanija Industries (M) Sdn Bhd, No 125-B, Jalan Senawang, Kawasan Perindustrian Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kami berada di sini petang tadi kerana mahu melihat model SUV (Sport Utility Vehicle) pertama Proton.

Kenderaan Utiliti Sukan (Sport Utility Vehicle) Proton X70 SUV telah dilancarkan secara rasminya oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia dilengkapi dengan pelbagai inovasi menarik yang ditampilkan Proton termasuk menerusi sistem arahan suara. 

Model terbaharu Proton ini nyata berbeza daripada model keluarannya sebelum ini yang dilihat lebih terkini dan memenuhi citarasa pengguna dan peminat SUV.

X70 dikuasakan oleh enjin empat slinder 1.8 liter TGDI (Turbocharged Gasoline Direct Injection) yang mampu menghasilkan 181 hp (horsepower) dan 285 Nm (Nanometer) tork yang digandingkan bersama transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan bahan bakarnya pula sekitar 8.9L/100km (8.9 Liters per 100 kilometers) dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga atau EEV (Energy Efficient Vehicles).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya memuji inovasi terbaharu Proton yang bekerjasama dengan Syarikat Geely.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Proton dengan pelancaran ini. Sejak Proton menjalankan kerjasama dengan Geely ia menyaksikan Proton berkembang dengan baik," katanya ketika berucap merasmikan Proton X70 di ibu negara.

Beliau yang sebelum ini pernah diperkenalkan dengan model SUV X70 itu oleh Syarikat Geely ketika lawatannya turut berkongsi pengalaman tentang produk keluaran terbaharu Proton ini.

"Saya telah diperkenalkan dengan kereta ini (Proton X70), kereta ini boleh bercakap. Jadi anda perlu memberi arahan yang betul kepada kereta ini. Jika anda bosan dan keseorangan ketika memandunya anda boleh mengeluarkan arahan dan kereta itu akan bercakap dengan anda," katanya.


Proton X70 SUV 2018 lima tempat duduk ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red. Ia juga ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu Standard 2WD (Black Fabric), Executive 2WD (Black Leatherette), Executive AWD (Black Leatherette) dan Premium 2WD (Brown Nappa Leather). Harga permulaan untuk Standard 2WD (RM99,800), diikuti varian pertengahan Executive 2WD (RM109,800), Executive AWD (RM115,800) dan varian paling mewah Premium 2WD (RM123,800). Yang amat menarik juga harga adalah sama untuk Sabah dan Sarawak.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.