Isnin, 3 Disember 2018

Percutian ke Sepang 2018

Saya, isteri, tiga orang anak kami, emak mentua, kakak ipar dan suami serta seorang anak mereka bercuti ke Sepang selama 2 hari 1 malam. Kami menginap di sebuah pangsapuri (apartment) dua bilik tidur (Blok B1). B1-1-03, Seri Bayu Resort Hotel, Jalan Persiaran Seri Bayu, 43950 Sepang, Selangor.

Ahad, 2 Disember 2018 (hari pertama). Saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang selepas solat Asar. Saya memandu Proton Exora melalui jalan-jalan berhampiran Pekan Kajang, Reko Sentral, Pusat Hentian Kajang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Genom Malaysia dan masuk ke simpang menuju ke jalan di Kampung Bukit Piatu. Saya masuk ke simpang dan meneruskan pemanduan melalui Kampung Jenderam Hulu, Pekan Salak, Pekan Sepang dan Pekan Sungai Pelek. Masuk ke simpang menuju ke Bagan Lalang dan akhirnya sampai ke Seri Bayu Resort Hotel. Saya telah memandu sejauh kira-kira 60 kilometer dari Kajang ke Sepang. Kenderaan kami diletakkan di sebelah Toyota Avanza milik kakak ipar saya. Emak mentua, kakak ipar, suami dan anak mereka telah sampai dahulu kerana mereka bertolak dari Bangi.

Selepas solat Maghrib kami keluar makan di tepi Pantai Bagan Lalang. Naik sebuah kenderaan sahaja. Saya memandu Proton Exora dan kami makan malam di Restoran Art Catering Ikan Bakar, Bagan Lalang. Kemudian kembali ke pangsapuri, solat Isyak dan tidur.

Isnin, 3 Disember 2018 (hari kedua). Kolam mandi dibuka seawal jam 7:00 pagi. Kami semua mandi di kolam kecuali isteri, kakak ipar dan emak mentua. Mereka duduk di Kafeteria di sebelah kolam mandi. Sarapan bermula jam 8:00 pagi. Kami bersarapan pagi sambil mandi di kolam. Mandi selama beberapa jam dan kembali ke pangsapuri. Berkemas diri dan daftar keluar dari Seri Bayu Resort Hotel. Kami pergi membeli makanan laut di Pasar Ikan Segar Tempatan dan bersiar-siar di Pantai Bagan Lalang. Proton Exora dan Toyota Avanza bergerak meninggalkan Bagan Lalang. Kami meneruskan perjalanan mengikut haluan masing-masing. Mereka solat Zohor di Masjid Pekan Sepang dan kami solat Zohor di surau Litar Antarabangsa Sepang.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di Welcome Center, Litar Antarabangsa Sepang. Kami masuk ke Muzium Automobil Nasional dan menunggu di Pusat Khidmat Pelanggan. Saya membayar RM33.00 x 2 orang dewasa dan anak-anak dapat masuk percuma untuk melawat sekitar litar yang digunakan bagi perlumbaan sukan permotoran dunia. Kami menaiki sebuah van yang dipandu oleh Encik Hafiz. Dia memberikan penerangan dan membawa kami ke Astaka Besar Utama (Main Grandstand). Kemudian kami dibawa ke kawasan yang tidak boleh dimasuki penonton biasa ketika berlangsungnya perlumbaan utama seperti Race Control, Podium, Paddock Acces, Pit Lane, Paddock Area, Media Center, Paddock Chalet dan banyak lagi. Lebih sejam kami dibawa bersiar-siar di Litar Antarabangsa Sepang. Ia dikenali sebagai Aktiviti Pelancongan Litar (Circuit Tour Activity).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.