Ahad, 13 Januari 2019

Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku, Bangi

Bandar Baru Bangi, 13/01/2019 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku yang terletak di No 58, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami bergerak dari rumah tepat jam 12:00 tengah hari tadi dan menempuh kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke restoran ini ialah kira-kira 9 kilometer sahaja. Restoran ini mula beroperasi sejak bulan Mac tahun 2018.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Sungai Chua, Jalan Wan Siew, Jalan 7/1 dan masuk ke Jalan 7/7A. Akhirnya, kami sekeluarga sampai ke Restoran Ikan Bakar Resepi Bondaku, Bangi.

Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini (12:30 tengah hari hingga 1:45 petang). Kami makan Nasi Goreng Pattaya (2), Nasi Putih (2), Ikan Siakap Bakar (1), Sup Makanan Laut (1) dan Sup Sayur (1) dengan tambahan satu pinggan kosong cukup untuk lima beranak. Kami minum Lobak Merah campur susu (1), Tembikai Susu (1), Jus Oren (1), Epal Asam Boi (1) dan air kosong (2). Juga membeli makanan yang sudah tersedia dalam bungkusan seperti biskut (2), sambal goreng ikan bilis (1) dan kerepek Pop Chiz besar (1). Saya telah membayar sebanyak RM120.00 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini termasuk makanan yang dibungkus. Kami menaiki kenderaan dan pergi menunaikan solat Zohor di Surau al-Abrar, Lot 1, Jalan 1/7, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.