Isnin, 11 Mac 2019

Kelahiran Anak Yang Keempat 2019

Bandar Baru Bangi, 11/03/2019 - Saya dan isteri telah berada di Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) kira-kira jam 4:00 pagi tadi selepas bertolak dari rumah kira-kira jam 3:40 pagi. Jarak perjalanan dari rumah kami di Kajang ke HIAZ ialah kira-kira 14.5 kilometer sahaja.

Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). Keluar dari E18, saya memandu di Persiaran Jaya, Persiaran Kemajuan dan masuk ke jalan-jalan di sekitar Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Di HIAZ, kami ke Kaunter Pendaftaran Kecemasan, Kaunter Jururawat dan Bilik Prosedur. Saya kembali ke Kaunter Pendaftaran Kecemasan, membuat bayaran pendahuluan (Kad Debit VISA) di Kaunter Bayaran (Farmasi), kembali ke Kaunter Jururawat dan isteri saya ditempatkan di Wad Bersalin.

Kami masuk ke Dewan Bersalin dan menemani isteri saya bersalin. al-Hamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kami yang keempat pada jam 10:02 pagi. Bayi perempuan seberat 2.85 kilogram.

Ketika masih berada di Dewan Bersalin, saya sendiri memotong tali pusat bayi selepas Doktor Noraini memberikan alat pemotong kepada saya. Saya juga melaungkan azan di telinga kanan dan melafazkan iqamah di telinga kirinya. Kemudian, saya melakukan tahnik kepadanya dengan madu. Tahnik ialah perbuatan memasukkan sedikit benda manis ke dalam mulut bayi yang baru lahir sebelum diberi susu. Uri (tembuni) yang dibersihkan oleh pihak HIAZ, saya tanam selepas pulang ke rumah di Kajang. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.