Jumaat, 22 Mac 2019

Bacalah Dengan Menyebut Nama Allah

Cheras, 22/03/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Bacalah Dengan Menyebut Nama Allah. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca beberapa potong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang mencipta. Dia telah mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan perantaraan pen (tulis baca). Dia telah mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-A’laq: Ayat 1 hingga 5).

Surah ini menjelaskan berkenaan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan Iqra' dalam Surah al-A’laq pada ayat 1 hingga 5 bererti bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu, bacalah yang tertulis dan tidak tertulis. Perintah Iqra' merangkumi segala sesuatu yang dapat dijangkau.

Surah ini juga memperkenalkan bahawa Dia ialah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Dia ialah Tuhan yang mesti disembah kerana Allah adalah Maha Pencipta. Allah turut menegaskan bahawa Dia adalah sumber segala ilmu pengetahuan dan Dia mengajar kita semua agar selalu membaca. Keimanan dan keislaman mesti kita tingkatkan dengan membaca, meneliti, mengkaji, memahami dan menghayati semua ilmu Allah yang berada di alam ini.

Untuk maklumat terkini, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Qur'an Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1440 Hijrah sedang berlangsung di Negeri Sembilan. MTHQK diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban mulai hari Ahad, 17 Mac 2019 hingga hari ini (Jumaat, 22 Mac 2019).

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Apa Yang Kau Tahu. Nasyid asal daripada kumpulan Rabbani.

Bacalah... sebutlah dengan nama. Tuhan yang menciptakan. Segala kejadian di dunia.

Bacalah... tulislah dengan pena. Wahyu yang diutuskan. Risalah kebenaran untuk insan.

Seluruh kasihnya telah dia curahkan. Tulus suci mengisi ruang hati. Bagai dalam dingin. Rindu berdakapan. Dengan kata syahdu. Kasih mesra bersatu. Apa yang kau tahu.

Apa yang kau tahu.

Apa yang kau tahu...

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.