Isnin, 1 April 2019

Keistimewaan Nombor Empat Yang Masih Berlaku Sehingga Bulan April 2019

Kajang, 01/04/2019 - Hari ini ialah hari Isnin dan merupakan hari pertama dalam bulan 4 iaitu 1 April 2019 bersamaan dengan 25 Rejab 1440. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam. Sejak bulan November 2010, saya dan isteri telah mempunyai tiga orang anak. Mulai bulan Mac 2019, kami telah mempunyai empat orang anak. Anak ke-4 kami lahir pada bulan Mac 2019, saya berumur 44 tahun pada bulan April 2019 dan isteri saya berumur 41 tahun pada bulan Mei 2019.

Saya telah dilahirkan pada bulan bulan 4 iaitu bulan April 1975. Anak sulung kami berumur 14 tahun pada tahun 2019. Tarikh 14 Februari 2019 merupakan hari ulangtahun ke-14 saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor kerana saya melapor diri pada 14 Februari 2005. Bulan April 2019, guru besar ke-4 masih menjadi pentadbir sekolah ini sejak ia dibuka pada tahun 2004 dan saya sempat dengan keempat-empat mereka. Saya serta isteri mengajar di sekolah dan masih merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 pada bulan April 2019.

Begitu istimewanya nombor 4 dalam keluarga dan kehidupan saya setakat ini. al-Hamdulillah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.