Sabtu, 20 April 2019

Konsert Amal 4NOMENA UIAM 2019

Gombak, 20/04/2019 - Saya telah pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan memandu kereta yang jaraknya sejauh kira-kira 38.5 kilometer. Dari rumah di Kajang merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Berhenti sekejap mengisi petrol di stesen Petronas. Saya meneruskan perjalanan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di E7, Jalan Cheras dan masuk ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Kemudian, memandu keluar dari lebuhraya melalui persimpangan jalan menghala ke Pantai Timur, masuk ke Jalan Sungai Pusu dan akhirnya sampai ke UIAM. Saya meletakkan kereta berhampiran bangunan IIUM Cultural Centre (ICC). Saya masuk ke dalam bangunan dan menebus tiket konsert yang telah dibeli melalui internet (RM45.00).

Saya menunaikan solat Asar secara berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM. Kemudian, makan dan minum di medan selera yang terletak di antara masjid dan bangunan ICC. Saya bertemu dengan geng Sahabat Hijjaz dan kami bergambar beramai-ramai.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah di surau dalam bangunan ICC, kami masuk ke dewan utama menyaksikan Konsert Amal 4NOMENA yang dibuat rakaman oleh pihak Salam HD (Saluran 113) unifi tv. Ia akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri nanti. Konsert ini menampilkan empat kumpulan nasyid yang pernah bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn Bhd iaitu Hijjaz, Mestica, Inteam dan Unic. Bekas-bekas anggota kumpulan Unic juga turut mempersembahkan nasyid mereka iaitu Fadzli Aziz, Fitri Haris dan Hafiz Hamidun. Penampilan istimewa daripada Safwan Jahri yang pernah menganggotai kumpulan Aeman ketika masih kanak-kanak. Tahun ini, dia berumur 30 tahun. Kumpulan Aeman juga pernah berada di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn Bhd. Safwan menasyidkan lagu Buatmu Ibu.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.